Baca petikan laporan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya
Laporan Aktiviti Minggu Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kerteh
Bagi merancang supaya aktiviti kokurikulum dapat dijalankan secara menyeluruh dan teratur,
satu jawatankuasa minggu kokurikulum telah ditubuhkan. Ahli Jawatankuasa itu terdiri
daripada:
Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi : Penolong Kanan I
Setiausaha : Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid
AJK : Semua Guru Penasihat bagi Persatuan/Kelab/Pasukan
Beberapa pertandingan di peringkat sekolah telah diadakan bagi mencungkil bakat baru
untuk mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah. Antara aktiviti yang dipertandingkan:
(a) Perbahasan dan syarahan
(i) Bahasa Melayu
(ii) Bahasa Inggeris
(b) Deklamasi sajak
( c) Pantun 7
(d) Kuiz Perdana
(e) Silat
(f) Catur
(g) Kawat antara pasukan pakaian seragam
Sekolah ini telah menyertai semua jenis pertandingan di peringkat daerah. Antara
kejayaan yang dicapai:
(a) Pertandingan pantun – Johan (mengekalkan kejuaraan)
(b) Perbahasan Bahasa Malaysia – Naib Johan
(c) Perbahasan Bahasa Inggeris – Johan (mengekalkan kejuaraan)
(d) Syarahan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris – tempat ketiga
(e) Kuiz Perdana – Johan (mengekalkan kejuaraan)
(f) Pertandingan silat – sagu hati
(g) Catur – Johan
(h) Kawat – Naib Johan
Disediakan oleh, 20 MEI 2005
Suzana
(SUZANA HAMID)
Setiausaha Minggu Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Kerteh.
1. Apakah tujuan utama minggu kokurikulum diadakan?
A Untuk melatih pelajar menyertai pertandingan
B Untuk memilih wakil sekolah
C Untuk memeriahkan minggu kokurikulum
D Untuk menarik minat pelajar menyertai kokurikulum
2. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada peringkat sekolah melibatkan persatuan persatuan yang berikut,
kecuali
A Kelab Olahraga.
B Persatuan Bulan Sabit Merah.
C Kelab Bahasa Malaysia.
D Kelab permainan dalam.
3. Siapakah yang bertanggungjawab memastikan Minggu Kokurikulum berjalan dengan lancar dan teratur?
A Setiausaha
B Guru Besar
C Guru Penasihat
D Ahli Jawatankuasa Minggu Kokurikulum
4. Berdasarkan laporan tersebut, sekolah ini menjadi juara baru dalam pertandingan
A pantun.
B perbahasan bahasa Inggeris.
C catur.
D Kuiz Perdana.
5. Pada pendapat kamu, apakah sebab utama sekolah ini banyak meraih kemenangan pada peringkat daerah?
A Wakil sekolah dipilih daripada mereka yang sering mengambil bahagian
B Pihak sekolah memilih pelajar tahap dua menyertai pertandingan
C Pihak sekolah memilih pelajar yang terbaik bagi sesuatu acara
D Pemilihan wakil sekolah berdasarkan keahlian yang terbaik dalam persatuan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan