Soalan 1 – 5
|
Ikan paus ialah makhluk yang
terbesar di dunia. Sangkaan yang mengatakan dinosaur yang wujud berjuta-juta tahun
dahulu sebagai binatang yang terbesar di dunia adalah tidak benar. Reptilia
dinosaur yang terbesar dikenali sebagai Brantosaurus,
boleh membesar sepanjang 90 kaki dan seberat 50 tan, berbanding dengan ikan
paus yang panjangnya 120 kaki dan
beratnya 120 tan.
Ikan paus mempunyai lidah dan hidung yang amat besar.
Begitu juga dengan mulutnya tetapi ini tidak bererti ikan paus memerlukan makanan
yang besar-besar juga. Ikan paus hanya memakan anak-anak udang dan ikan-ikan
yang kecil. Ikan paus juga tidak perlu memburu makanan kerana
mangsa-mangsanya dengan tanpa disedari akan masuk ke dalam mulut ikan paus
yang sentiasa ternganga itu. Apabila perlu, ikan paus ini akan menutup mulut dan mengunyah makanannya.
Walaupun hidup di dalam air, ikan
paus sebenarnya adalah sejenis haiwan mamalia yang berdarah panas dan memerlukan
udara untuk bernafas. Dalam masa 30 minit, ikan paus terpaksa timbul di permukaan air untuk
memenuhkan paru-parunya dengan udara sebelum masuk semula ke dalam air.
|
|
1
|
Menurut sangkaan umum, binatang yang terbesar di dunia ialah
|
|
|
|
A
|
gajah.
|
|
|
B
|
dinosaur
|
|
|
C
|
ikan paus
|
|
|
D
|
orang utan.
|
|
2
|
Pilih penyataan
yang tidak benar tentang ikan paus
dan dinosaur.
|
|
|
|
A
|
Kedua-duanya
haiwan mamalia.
|
|
|
B
|
Antara makhluk
yang terbesar di dunia.
|
|
|
C
|
Dinosaur boleh
membesar sepanjang 90 kaki.
|
|
|
D
|
Ikan paus memerlukan
udara untuk bernafas.
|
|
3
|
Mengapakah ikan
paus tidak perlu bersusah mencari makanannya?
|
|
|
|
A
|
Ikan paus cekap
memburu ikan-ikan kecil yang menjadi makanannya
|
|
|
B
|
Mangsanya masuk
sendiri ke dalam mulutnya yang ternganga itu
|
|
|
C
|
Badannya yang
besar dapat menghasilkan makanan sendiri
|
|
|
D
|
Ikan paus
mempunyai lidah dan hidung yang amat besar
|
|
4
|
Ikan paus sering
timbul di permukaan air kerana
|
|
|
|
A
|
badannya besar
dan berdarah panas.
|
|
|
B
|
mudah untuk
memburu mangsanya.
|
|
|
C
|
memenuhkan
paru-parunya dengan udara.
|
|
|
D
|
bermain dan
berenang dalam kumpulannya.
|
|
5
|
Perkataan timbul dalam petikan bermaksud
|
||
|
|
A
|
terapung.
|
|
|
|
B
|
bangkit.
|
|
|
|
C
|
tampil.
|
|
|
|
D
|
|
|