Jumaat, 27 Julai 2012

PEMAHAMAN 2

Soalan 1 – 5


          Ikan paus ialah makhluk yang terbesar di dunia. Sangkaan yang mengatakan  dinosaur yang wujud berjuta-juta tahun dahulu sebagai binatang yang terbesar di dunia adalah tidak benar. Reptilia dinosaur yang terbesar dikenali sebagai Brantosaurus, boleh membesar sepanjang 90 kaki dan seberat 50 tan, berbanding dengan ikan paus  yang panjangnya 120 kaki dan beratnya 120 tan.
            Ikan paus mempunyai lidah dan hidung yang amat besar. Begitu juga dengan mulutnya tetapi ini tidak bererti ikan paus memerlukan makanan yang besar-besar juga. Ikan paus hanya memakan anak-anak udang dan ikan-ikan yang kecil. Ikan paus juga tidak perlu memburu makanan kerana mangsa-mangsanya dengan tanpa disedari akan masuk ke dalam mulut ikan paus yang sentiasa ternganga itu. Apabila perlu, ikan paus ini  akan menutup mulut dan mengunyah makanannya.
            Walaupun hidup di dalam air, ikan paus sebenarnya adalah sejenis haiwan mamalia yang berdarah panas dan memerlukan udara untuk bernafas. Dalam masa 30 minit, ikan paus terpaksa timbul di permukaan air untuk memenuhkan paru-parunya dengan udara sebelum masuk semula ke dalam air.



1

Menurut sangkaan umum,  binatang yang terbesar di dunia ialah


A
gajah.

B
dinosaur

C
ikan paus

D
orang utan.

                    

2
Pilih penyataan yang tidak benar tentang ikan paus dan dinosaur.


A
Kedua-duanya haiwan mamalia.

B
Antara makhluk yang terbesar di dunia.

C
Dinosaur boleh membesar sepanjang 90 kaki.

D
Ikan paus memerlukan udara untuk bernafas.


3
Mengapakah ikan paus tidak perlu bersusah mencari makanannya?


A
Ikan paus cekap memburu ikan-ikan kecil yang menjadi makanannya

B
Mangsanya masuk sendiri ke dalam mulutnya yang ternganga itu

C
Badannya yang besar dapat menghasilkan makanan sendiri

D
Ikan paus mempunyai lidah dan hidung yang amat besar


4
Ikan paus sering timbul di permukaan air kerana


A
badannya besar dan berdarah panas.

B
mudah untuk memburu mangsanya. 

C
memenuhkan paru-parunya dengan udara.

D
bermain dan berenang dalam kumpulannya.


5
Perkataan timbul dalam petikan bermaksud


A
terapung.

B
bangkit.

C
tampil.

D
tenggelam
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan