Jumaat, 27 Julai 2012

PEMAHAMAN 1


Murid-murid boleh mencuba petikan ini. Selamat Mencuba...

Soalan 1-5

Baca petikan  di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.



             Aku sungguh gembira semasa turun dari tangga kapal terbang. Kini, aku telah kembali ke tanah air setelah sekian lama berada di rantau orang.
        “Selamat pulang, Anim,” kata ayah sambil menepuk-nepuk bahuku. Ibu tidak berkata apa-apa tetapi terus memeluk aku sambil menangis. Ibu terlalu gembira dengan kepulanganku. Aku cuba menahan air mataku tetapi air mataku terus mengalir. Aku sungguh terharu dalam pelukan  ibu.
            Sewaktu tiba di bandar tempatku tinggal,  aku perhatikan banyak perubahan yang telah berlaku. Tanah kosong di tepi bandar yang dulunya dipenuhi paya, kini telah tegak berdiri dengan sebuah bangunan lapan tingkat. Jalan ke kampungku juga sudah jauh berubah. Kalau dulu penuh dengan lubang tetapi kini tidak lagi. Kata ayah, sebuah pasar besar sedang didirikan berhampiran dengan perhentian bas. Oh, bandarku telah membangun kini!
            Sampai di rumah, aku disambut oleh ahli keluargaku yang lain. Kami sungguh gembira. Di atas meja pula, sudah terhidang makanan kegemaranku iaitu nasi lemak berlaukkan rendang ayam masakan ibu. Aku memang rindu akan masakan ibu.
            Aku tahu keluargaku sungguh gembira dengan kepulanganku. Hanya aku yang mereka harapkan untuk menolong mereka nanti. Aku berjanji kepada diri sendiri bahawa aku akan berbakti kepada keluarga dan negaraku. Kejayaanku setelah lima tahun belajar di luar negara ini akan kutaburkan kepada tanah airku yang tercinta


1

‘Aku’ dan ibunya menangis kerana

A
disambut oleh keluarganya.

B
lihat banyak perubahan.

C
bahunya ditepuk.

D
terlalu gembira.


2
Apakah yang ‘aku’  lihat semasa tiba di bandar tempat kelahirannya?


A
Paya di tepi bandar

B
Jalan yang berlubang

C
Pembangunan di bandar

D
Pasar besar di perhentian bas


3
Ke manakah ‘aku’ pergi selama lima tahun?


A
Pulang ke kampung

B
Belajar di luar negara

C
Bekerja di bandar besar

D
Belajar di sekolah asrama penuh




4
Hasrat ‘aku’ terhadap keluarga dan tanah airnya ialah


A
mencurahkan bakti.

B
menjaga tanah air.

C
membangunkan negara.

D
berjanji kepada ibu dan ayahnya.




5
Rangkai kata membangun kini dalam petikan bermaksud


A
telah roboh.

B
sedang maju.

C
masih berdiri.

D
semakin merosot.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan