Khamis, 9 Ogos 2012

Pemahaman 2

Baca catatan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.


Lawatan Persatuan Bulan Sabit Merah ke Pusat Orang-orang Cacat Petaling Jaya

           Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah ini telah mengadakan lawatan ke Pusat Orang-orang Cacat di Seksyen 12, Petaling Jaya. Lawatan diadakan pada hari Sabtu bersamaan 17September 2005.
           Selain menambah pengetahuan, lawatan ini bertujuan memupuk perasaan kasih sayang dan prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik. Pelajar juga diharap mendapat kesedaran untuk membantu orang cacat dan tidak sekali-kali menyisihkan mereka.
           Lawatan disertai oleh 44 orang ahli persatuan, seorang guru penasihat, iaitu Cikgu Ahmad Hawari bin Abdul Rahim, dan dua orang guru pengiring, iaitu Cikgu Chok Lai Poon dan Cikgu Poniah a/l Punusamy. Rombongan ini bertolak dari sekolah pada pukul 8.30 pagi.
           Kami tiba di sana pada pukul 11.00 pagi. Pengelola pusat itu menyambut kedatangan kami dan memberikan taklimat ringkas tentang latar belakang pusat itu. Kemudian, beliau membawa kami melawat sekitar asrama, bengkel pertukangan, bengkel kraf tangan, bengkel jahitan, dan bengkel membaiki radio dan televisyen.
           Penghuni pusat ini dilatih dengan pelbagai kemahiran agar mereka dapat berdikari dan menjalani kehidupan yang lebih baik apabila keluar  daripada pusat ini. Hasil kerja tangan mereka juga dijual untuk memperoleh wang saku.
           Ahli rombongan kami amat kagum melihat kebolehan penghuni pusat ini setanding dengan orang ramai. Kami juga membeli beberapa hasil kraf  tangan mereka untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Cikgu Ahmad Hawari mewakili ahli  rombongan dan semua pelajar serta guru Sekolah Kebangsaan Bentong menyampaikan sumbangan derma RM500 kepada pusat ini.
           Lawatan ini banyak memberikan pengajaran dan kesedaran kepada para pelajar. Kami berharap akan dapat melakukan lawatan yang berfaedah yang mampu membuka minda kami seperti ini pada masa akan datang. Benarlah kata pepatah, “Jauh perjalanan, luas pemandangan.”


Laporan disediakan oleh,                                                  22 SEPTEMBER 2005. 

Mohd Hafiz

(MOHD. HAFIZ BIN IBRAHIM)
Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah,
Sekolah Kebangsaan Bentong.


1. Berapa orangkah yang menyertai lawatan itu?

 A 44 orang           C 47 orang
 B 48 orang           D 40 orang

2. Berapa lamakah perjalanan dari sekolah ke pusat orang-orang cacat?

A 3 jam                  C 2 jam setengah
 B 11 jam               D  8 jam setengah

3. Siapakah guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Kebangsaan Bentong? 

 A Cikgu Ahmad Hawari bin Abdul Rahim 
 B Cikgu Chok Lai Poon 
 C Cikgu Poniah a/l Punusamy 
 D Cikgu Mohd. Hafiz bin Ibrahim 

4. Siapakah yang menyumbangkan wang RM500 kepada Pusat Orang-orang Cacat itu? 

 A Cikgu Ahmad Hawari 
 B Kesemua ahli rombongan 
 C Semua pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan Bentong 
 D Pelajar dan ahli rombongan Sekolah Kebangsaan Bentong 

5. Penghuni Pusat Orang-orang Cacat yang telah meninggalkan pusat itu dapat berdikari kerana 

 A mereka diberikan bantuan kewangan. 
 B mereka akan tinggal dengan keluarga angkat yang kaya. 
 C mereka mempunyai kemahiran yang membolehkan mereka mencari pekerjaan. 
 D mereka akan diberikan pekerjaan di jabatan-jabatan. 

Pemahaman 1


Baca petikan laporan di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang 
berikutnya



Laporan Aktiviti Minggu Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kerteh

Bagi merancang supaya aktiviti kokurikulum dapat dijalankan secara menyeluruh dan teratur,
satu jawatankuasa minggu kokurikulum telah ditubuhkan. Ahli Jawatankuasa itu terdiri
daripada:

 Pengerusi :  Guru Besar
  Naib Pengerusi :  Penolong Kanan I
  Setiausaha : Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid
  AJK : Semua Guru Penasihat bagi Persatuan/Kelab/Pasukan

          Beberapa pertandingan di peringkat sekolah telah diadakan bagi mencungkil bakat baru
untuk mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah. Antara aktiviti yang dipertandingkan:

 (a) Perbahasan dan syarahan
     (i) Bahasa Melayu
     (ii) Bahasa Inggeris
 (b) Deklamasi sajak
 ( c) Pantun 7
 (d) Kuiz Perdana
 (e) Silat
 (f) Catur
 (g) Kawat antara pasukan pakaian seragam

         Sekolah ini telah menyertai semua jenis pertandingan di peringkat daerah. Antara
kejayaan yang dicapai:

  (a) Pertandingan pantun – Johan (mengekalkan kejuaraan)
  (b) Perbahasan Bahasa Malaysia – Naib Johan
  (c) Perbahasan Bahasa Inggeris – Johan (mengekalkan kejuaraan)
  (d) Syarahan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris – tempat ketiga
  (e) Kuiz Perdana – Johan (mengekalkan kejuaraan)
  (f) Pertandingan silat – sagu hati
  (g) Catur – Johan
  (h) Kawat – Naib Johan

Disediakan oleh,                                                                                                          20 MEI 2005

      Suzana

(SUZANA HAMID)
Setiausaha Minggu Kokurikulum,
Sekolah Kebangsaan Kerteh.

1.   Apakah tujuan utama minggu kokurikulum diadakan?


 A  Untuk melatih pelajar menyertai  pertandingan
 B  Untuk memilih wakil sekolah
 C  Untuk memeriahkan minggu kokurikulum
 D  Untuk menarik minat pelajar menyertai kokurikulum

2. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada peringkat sekolah melibatkan persatuan persatuan yang berikut,  
kecuali

 A Kelab Olahraga.
 B Persatuan Bulan Sabit Merah.
 C Kelab Bahasa Malaysia.
 D Kelab permainan dalam.

3. Siapakah yang bertanggungjawab memastikan Minggu Kokurikulum berjalan dengan lancar dan teratur?

 A Setiausaha
 B Guru Besar
 C Guru Penasihat
 D Ahli Jawatankuasa Minggu Kokurikulum

4. Berdasarkan laporan tersebut, sekolah ini menjadi juara baru dalam pertandingan

 A pantun.
 B perbahasan bahasa Inggeris.
 C catur.
 D Kuiz Perdana.

5. Pada pendapat kamu, apakah sebab utama sekolah ini banyak meraih  kemenangan pada peringkat  daerah?

A Wakil sekolah dipilih daripada mereka yang sering mengambil bahagian
B  Pihak sekolah memilih pelajar tahap dua menyertai pertandingan
C Pihak sekolah memilih pelajar yang terbaik bagi sesuatu acara
D Pemilihan wakil sekolah berdasarkan keahlian yang terbaik dalam persatuan


Seperti kacang lupakan kulit

Pak Utih sedar dia tidak bersekolah. Hendak berniaga, dia tiada modal. Hendak menjadi tukang rumah, dia tiada kemahiran. Apatah lagi hendak bekerja di jabatan kerajaan. Jadi, hanya buruh kasar pekerjaan yang sesuai untuk orang seperti dirinya.
              Begitupun, Pak Utih bertekad. Dia tidak mahu anak-anaknya menjadi seperti dirinya. Dia mahu melihat anak-anaknya berjaya. Mudah-mudahan, kejayaan mereka nanti dapat meringankan beban yang ditanggung selama ini.
          Saban hari, Pak Utih melakukan pelbagai pekerjaan. Dia sanggup mengambil upah menebas rumput, memanjat pokok kelapa, menanam pokok koko, dan memetik buah sawit semata-mata untuk menyekolahkan Karim dan Salim. Dia sanggup berlapar, dia sanggup tidak bersalin pakaian asalkan anak-anaknya dapat belajar.
          Kini, dia dan isterinya boleh berbangga. Betapa tidak, Karim dan Salim satu-satunyanya anak masyarakat kampungnya yang berjaya ke menara gading.
          Setelah tamat pengajian,Karim dan Salim bekerja di Kuala Lumpur. Gajinya pula cukup lumayan. Jadi, mereka mampu membeli kereta mewah dan rumah banglo. Rupa-rupanya, keseronokan di kota menjadikan mereka lupa diri. Mereka langsung tidak menziarahi ibu bapa mereka di kampung pedalaman.
         Pak Utih betul-betul tidak menyangka bahawa anak-anaknya yang disanjung kini "seperti kacang lupakan kulit". Apabila teringat akan anak-anak itu, air mata mereka bercucuran ke pipi.    

Faedah Menabung

Faedah Menabung

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung memberi banyak faedah kepada kita.

     Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat-cermat. Oleh sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibubapa dapat disimpan ke dalam tabung.

     Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang pandai berjimat cermat dan berdikari itu.

     Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleh digunakan jika  ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan. Justeru kita tidak perlu meminta-minta kepada orang lain. 

     Menabung juga boleh menambahkan wang simpanan kita. Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Wang ini boleh digunakan untuk menampung kehidupan masa hadapan. Justeru kita dapat hidup dengan selesa dan tidak menyusahkan orang lain.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya. Bak kata pepatah, 'ingat sebelum kena, jimat sementara belum habis'. Oleh itu , mulalah menabung dari sekarang kerana 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Latihan Tatabahasa (2)


11.Sarang_______ yang memenuhi ruang rumah itu telah saya bersihkan.

      a.lelapi         b.lelabah         c.Kekabu        d.tetupai.

12.Tudung saji digunakan untuk menutup________itu.

     a.sampah-sarap       b.semak-samun           c.sayur-mayur        d.lauk-pauk

13._______ yang mengatur perlawanan bola sepak antara pasukan itu telah diberkas polis.

     a.Kaki     botol          b.Kaki      judi          c.Kaki     bola       d.Kaki sapu

14.Budak_______itu dengan mudah dapat menyelesaikan masalah Matematik yang sukar ini.

     a.otak   kancil       b.otak     udang       c.otak   cair         d.otak    beku.

15."Janganlah_______pangkat kamu tidaklah setinggi mana"kata pak cik Leman menyindir Ayub.

     a.tangkai jering      b.hancur hati         c.pedih hati            d.hidung tinggi.

16.Dia benar-benar hampa apabila gagal menyertai pasukan bola sepak sekolahnya.

     a.tewas         b.prihatin            c.kecewa         d.menangis.

17.Murid-murid kelas itu________ menyiapkan kerja masing-masing.

     a.meminta                 b.diminta                 c.permintaan                  d.mintalah

18.Kehidupannya tidak terurus sejak ibu bapanya meninggal dunia.

     a.terpelihara,terkorban      b.terkawal,tenat         c.terjaga,menemui ajal.     d.terbelai,mati.

19.Tan tidak berselera hendak  makan di gerai yang kotor itu.

     a.lalu       b.biasa        c.ingin          d.berasa.

20.Dia mengirimkan se__________poskad kepada sahabat karibnya.

     a.pucuk     b.laras             c.helai          d.keping.

Latihan Tatabahasa (1)



1. Kim Leng_______pokok bunga itu air basuhan beras.

a.mencurahi.             b.dicurahkan.               c.mencurahkan.            d.dicurahi.

2.Guru yang_______ Bahasa Malaysia di sekolah saya telah bertukar ke Sabah.

a.mengajar          b.mengajarkan             c.ajarkan                d.diajarkan.

3.Ubi itu akan_______oleh kakak saya sebentar lagi.

a.ditanak.            b.dikukus.                    c.direbus              d.dijerang.

4.Pelayan kedai makan itu________dulang dengan sebelah tangan sahaja.

a.mengandas.        b.menjinjing.              c.menatang.            d.membimbit.

5.______ pemandu kenderaan itu telah disaman,_________ dia tetap berdegil dengan meletakkan
kenderaannya di kawasan tunda itu.

a.Biarpun,  begitu juga.           b.Mestipun,  kecuari.        c.Walaupun,  namum      
d.Sungguhpun,  maka.

6.Dalam kemalangan itu banyak yang cedera_________ terbunuh.________ pemandu lori itu pula hanya cedera ringan.

a.lalu,  Biarpun.          b.dan,    Manakah.          c.apabila,     Sementara       d.maka,      Adapun.

7.Berikan beberapa_________cempedak dan se______ rambutan ini kepadanya.

a.biji,   buah         b.berkas,     butir       c.tangkai,        biji.          d.ulas,    ikat.

8.Sebelum hujan,beberapa_______bintang kelihatan di langit.

a.biji      b.kelompok         c.buah           d.gerombolan.

9.Dia membaling anjing itu dengan se______ kayu api.

a.batang       b.papan         c.berkas        d.laras.

10.________pohon kemboja itu dicantas oleh ayah.

a.Bebatang       b.Bebuli        c.Reranting        d.Kekayu

Karangan Autobiografi (2)

AKU SEBATANG PEN


              Aku sebatang pen. Nama aku ialah Faber Castle. Saya dilahirkan di sebuah kilang pada tahun 1975. Aku berwarna merah. Badan aku diperbuat daripada plastik. Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan aku di bungkus di dalam kotak.
Kami dibawa ke sebuah kedai menaiki van. Setelah kami tiba di kedai peralatan menulis, kami di pamerkan di sebuah rak kaca. Seorang guru bernama Puan Siti membeli saya dengan harga RM 2.90. Beliau selalu membawa saya ke sekolah. Beliau menggunakan saya untuk menandakan buku latihan pelajar. Beliau juga amat sayang akan saya.
Setiap hari sebelum balik, beliau mesti memastikan saya berada dalam begnya. Setelah tiga bulan, dakwat saya yang berwarna merah itu kehabisan. Saya tidak dapat menolong tuan saya lagi. Saya berasa sangat sedih. Beliau membeli sebatang pen merah yang baru. Saya gembira kerana dapat kawan baru. Tetapi, tuan saya telah membuat keputusan untuk membuang saya. Walaupun saya berasa sedih, namun berasa gembira kerana dapat berjasa untuk tuan saya selama ini dengan rajin.

Karangan Autobiografi (1)

AKU SEBUAH KAPAL TERBANG


Namaku Great. Aku ialah sebuah kapal terbang persendirian. Aku dilahirkan di sebuah kilang di luar negara iaitu di Amerika. Setelah lengkap semua anggota badanku dipasang,aku dicat dengan warna kegemaranku iaitu,merah. Aku kemudiannya dieksport ke Malaysia menggunakan sebuah kapal laut yang besar. Sekarang,aku sudah menjadi warganegara Malaysia.

  Setibanya di Malaysia,aku dihantar ke ruang pameran kapal terbang persendirian yang terbesar di sini. Aku dipamerkan bersama-sama rakan-rakanku yang lain. Selama aku di sini,akulah yang selalu mendapat perhatian dan pujian orang ramai.Mereka kagum dan tertarik akan rupa parasku. Kawan-kawanku sering iri hati terhadap aku.

Setelah dua minggu aku di ruang pameran itu,akhirnya aku terpaksa meninggalkan kawan-kawan yang telah menjadi sebahagian daripada hidupku. Aku dibeli oleh seorang jutawan ternama. Nama tuanku ialah Tan Sri Kamil. Aku dipandu pulang ke rumahnya yang terletak di Sri Hartamas oleh seorang juruterbang yang berpengalaman luas. Tugas aku adalah untuk membawa tuanku atas urusan kerja. Selain itu, aku turut digunakan untuk membawa tuanku melancong sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara. Aku dijaga dengan baik bagai menatang minyak penuh.

Pada suatu hari,tuanku hendak pergi bercuti ke luar negara iaitu ke Jepun. Dalam perjalanan, dengan tidak semena-mena juruterbang yang memanduku hilang kawalan dan akibatnya aku terhempas di dalam hutan yang tebal. Badanku habis remuk dan rangka-rangka badanku patah dan berkecai. Akibat kemalangan itu juga, tuanku meninggal dunia. Perasaan aku pada waktu itu umpaca kaca terhempas ke batu.

Aku begitu sedih sekali. Aku dibawa ke tempat kelahiranku dan dibaiki semula. Setelah siap dibaiki, aku dihantar ke Malaysia semula. Malangnya, keluarga tuanku membuat keputusan untuk menjualku kepada orang lain memandangkan tiada siapa yang mahu akan diriku lagi. Hatiku terguris tetapi aku bangga kerana pernah mempunyai seorang tuan yang baik dan aku berpeluang menaburkan bakti kepadanya.

Selasa, 7 Ogos 2012

Contoh Karangan Autobiografi


Aku Sebuah Kereta
Aku dilahirkan di sebuah kilang kecil di pinggir kotaraya Munich, Jerman. Kawan-kawanku memanggil diriku BMW Siri 5. Aku gembira melihat badanku yang berwarna biru gelap dan hiasan dalaman yang berwarna ungu. Badanku kelihatan kukuh dan berkilat.
Setelah berada di dalam kapal, aku tiba diKuala LumpurMalaysia. Perjalanan yang panjang memang menematkan diriku tetapi aku terus dihantar ke sebuah kedai yang begitu besar. Aku melihat lebih ramai kawan-kawanku sudah berada di situ. Adayang berwarna putih, merah, kuning, hijau dan lain-lain. Hatiku gembira kerana bersua dengan rakan-rakan baru.
Belum sampai seminggu aku di kedai itu, seorang lelaki telah menghampiriku. Dia sering melihat ke arah diriku. Lelaki muda yang penuh bergaya itu telah memberikan sejumlah kertas kepada pemilik kedai yang mempamerkan diriku itu. Sebaik sahaja mereka berjabat tangan, aku terus dipacu keluar.
Pemilik baruku ini sering membawaku berjalan-jalan. Setiap pagi dia pasti membawaku ke suatu tempat. Jalan penuh sesak dengan makhluk yang sejenis denganku. Ada yang besar dan ada yang lebih kecil daripadaku. Kadangkala aku berada di jalan raya berjam-jam bersama-sama rakan-rakan yang lain.
Pada suatu hari berlaku satu peristiwa sedih yang menimpaku. Hujan lebat yang turun sepanjang hari telah menyebabkan badanku dinaiki air. Pemiliku ketika itu tidak menyedarinya kerana sibuk bekerja. Dia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat dirinya yang sudah dipenuhi lumpur dan kekotoran.