AKU SEBATANG PEN
Aku sebatang pen. Nama aku ialah Faber Castle. Saya dilahirkan di sebuah kilang pada tahun 1975. Aku berwarna merah. Badan aku diperbuat daripada plastik. Pada suatu hari, aku dan kawan-kawan aku di bungkus di dalam kotak.
Kami dibawa ke sebuah kedai menaiki van. Setelah kami tiba di kedai peralatan menulis, kami di pamerkan di sebuah rak kaca. Seorang guru bernama Puan Siti membeli saya dengan harga RM 2.90. Beliau selalu membawa saya ke sekolah. Beliau menggunakan saya untuk menandakan buku latihan pelajar. Beliau juga amat sayang akan saya.
Setiap hari sebelum balik, beliau mesti memastikan saya berada dalam begnya. Setelah tiga bulan, dakwat saya yang berwarna merah itu kehabisan. Saya tidak dapat menolong tuan saya lagi. Saya berasa sangat sedih. Beliau membeli sebatang pen merah yang baru. Saya gembira kerana dapat kawan baru. Tetapi, tuan saya telah membuat keputusan untuk membuang saya. Walaupun saya berasa sedih, namun berasa gembira kerana dapat berjasa untuk tuan saya selama ini dengan rajin.

Maaf, tapi penggunaan aku dan saya tidak boleh ditulis dalam karangan bersama. Tajuk karangan ini ialah "Aku sebatang pen". Cikgu sepatutnya menggunakan "aku" sehingga di akhir penulisan.
BalasPadambetul tu
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Padam*betul
Padambetul
BalasPadam